Saturday, October 23, 2010

~~ PLIDING permohonan FaraQ NiKah~~

TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998


( Perenggan 8 (a) )


PERNYATAAN TUNTUTAN

DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR



SAMAN NO : 10006-042-100-2010.
______________________________________________________________________


ANTARA

SOOD BIN SAAD ...PLAINTIF


DENGAN

SHERRY BINTI SOOD ...DEFENDAN 1
                                                 SHUAIB BIN HARRY  ....DEFENDAN 2





PERNYATAAN TUNTUTAN



1. Bahawa Sood Bin Saad No.K/P : 540323-04-5455 adalah Plaintif dalam kes ini yang kini tinggal di NO 13, Taman Sri Angkasa, Jalan Setiawangsa, 51000, Kuala Lumpur .

(...sesalinan kad pengenalan dan surat pemastautinan plaintif dilampirkan dan ditandakan sebagai ekshibit ss-1 dan ss-2)

2. Bahawa Sherry Binti Sood No.K/P: 850421-04-5118 yang beralamat di No 23, Lorong Sri Sentosa, Kuala Lumpur adalah defendan pertama yang dinamakan di dalam tindakan ini .

(...sesalinan kad pengenalan dilampirkan dan ditandakan sebagai ekshibit ss-3)


3. Bahawa Shuib Bin Harry No. K/P: 830517-06-5113 yang beralamat di No 23, Lorong Sri Sentosa, Kuala Lumpur adalah defendan kedua yang dinamakan didalam tindakan ini.

(…sesalinan kad pengenalan dilampirkan dan ditandakan sebagai ekshbit ss-4)

4. Plaintif merupakan bapa kandung kepada defendan pertama dan merupakan wali mujbir kepada defendan pertama juga.

5. Kedua-dua defendan ini telah melangsungkan akad perkahwinan di Narathiwat Thailand tanpa keizinan plaintif sebagai wali pada 13 ogos 2010.

6. Pasangan ini telah berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan berkahwin tanpa kebenaran wali yang berhak untuk menikahkan mereka walhal pada masa perkahwinan tersebut defendan pertama masih berstatus anak dara.

7. Sewaktu pernikahan dilangsungkan, plaintif langsung tidak dimaklumi sedangkan plaintif berada dalam keadaan sihat dan menetap di NO 14, Taman Sri Mahkota, Jalan Setiawangsa, 51000, Kuala Lumpur.

8. Plaintif hanya mengetahui perkahwinan mereka pada bulan September 2010 melalui pengakuan kedua-dua defendan sendiri. Mereka juga menunjukkan sijil nikah yang diterima di Narathiwat tersebut apabila plaintif meminta sijil nikah ditunjukkan kepadanya.

9. Kedua-dua defendan juga ada menyatakan bahawa berkahwin di Malaysia membebankan kerana perlu mengikuti banyak prosedur dan perlu menjalani ujian saringan HIV juga.

10. Plaintif telah membuat aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 25 September untuk pengesahan pernikahan tersebut dan mendapati sijil tersebut adalah palsu melalui maklumat yang diterima dari pejabat Agama di Narathiwat Thailand.

(sesalinan borang permohonan pengesahan nikah bertarikh 27 September dilampirkan dan ditandakan sebagai ss-5)

11. Plaintif berasa sangsi dan meragui pernikahan yang dilangsungkan tersebut kerana terdapat beberapa perkara:
i) Kedua-dua defendan yang dinamakan di atas merupakan pemastautin tetap di Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan tiada sebarang kebenaran atau keizinan untuk mereka melangsungkan akad pernikahan di Narathiwat Thailand.

ii) Plaintif juga tidak pernah memberi izin kepada defendan-defendan untuk berkahwin di sana dan plaintif juga tidak diberitahu mengenai hal tersebut.

iii) Mereka telah memperolehi sijil nikah di sana.Didapati bahawa salinan sijil nikah yang diperolehi oleh kedua pasangan terbabit semasa di Narathiwat Thailand adalah palsu.

iv) Sijil nikah mereka juga tidak di iktiraf oleh pejabat agama di Narathiwat Thailand itu sendiri dan didapati dokumen tersebut adalah dokumen sijil nikah yang tidak mempunyai rekod pendaftaran di sana.

v) Didapati bahawa surat akuan nikah tersebut yang ditulis di dalam tulisan jawi bernombor 0005824, ruangan nama wali hanya ditulis WALI HAKIM sahaja dan tidak ditulis butir-butir siapakah nama sebenar wali tersebut.

vi) Di dalam surat nikah yang diperolehi juga tidak tercatat nama-nama saksi yang mana merupakan salah satu rukun dalam akad nikah dan sebagaimana yang di gariskan di dalam dokumen surat nikah dan juga undang-undang.
(...sesalinan sijil nikah dilampirkan dan ditandakan sebagai ss-6)

vii) Wali hakim yang menikahkan mereka juga diragui dan Wali yang menikahkan mereka juga tidak diiktiraf dan tidak dilantik oleh pejabat Agama Islam Narathiwat serta tidak ditauliahkan sebagai wali hakim.

viii) Plaintif khuatir pernikahan tersebut berwalikan wali am oleh sesuatu sindiket yang tidak diiktiraf dan meragui kesahihan wali am kerana plaintif merupakan bapa kandung kepada defendan pertama dan merupakan wali mujbir.


12. Selain itu, terdapat satu surat sokongan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pejabat Agama Islam di Narathiwat yang telah mengesahkan sijil pernikahan yang telah dikeluarkan adalah palsu.
(...sesalinan surat sokongan di lampirkan dan di tandakan sebagai ss-7 dan ss-8)

13. Oleh yang demikian, atas alasan-alasa yang dinyatakan, Plaintif memohon dengan rasa rendah hati agar Mahkamah yang mulia ini mengeluarkan perintah supaya:


i. Mahkamah menentukan status perkahwinan kedua-dua defendan yang telah dilangsungkan di Narathiwat Thailand.
ii. Perkahwinan Sherry Binti Sood dengan pasangannya Shuib Bin Harry di farakkan.
iii. Plaintif juga memohon supaya mereka tidak tinggal bersama sehingga mendapat perintah mahkamah mengenai status perkahwinan mereka.
iv. Kos-kos Mahkamah ditanggung oleh pihak-pihak defendan.
v. Memohon mahkamah mengeluarkan apa-apa relief yang sesuai dan bermanfaat untuk di berikan kepada plaintif oleh mahkamah yang mulia ini.











Bertarikh pada haribulan 2010




………………………………………

Peguam Syarie Plaintif



3 comments:

  1. sape kawen ngn sape neh???
    wahahaha...
    x phm la i u.....

    ReplyDelete
  2. msti u tak bace betul2 niii...alaaa..u niii...hurmmm..si sherry binti sood kawen ngn shuib bin harry laa..hik3..

    ReplyDelete
  3. baca dh btol..byk sgt point2 kes, 2 la jd blur i..ahakksss

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...